Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Inisiatif PERDA-TECH Bantu Barisan Hadapan

By 15 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) Nibong Tebal melalui Jabatan Senireka Fesyen mengambil inisiatif untuk membantu petugas barisan hadapan Hospital Sungai Bakap dalam menyiapkan peralatan kelengkapan perlindungan diri (PPE).

Inisiatif ini digerakkan dibawah program PERDA4U yang diuruskan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA-TECH Mohd Asri Baharum, dan penyumbang dana bagi program ini adalah daripada kalangan pegawai serta kakitangan PERDA-TECH sendiri.

Proses kerja- kerja menjahit dilakukan oleh para sukarelawan.

Proses kerja- kerja menjahit dilakukan oleh para sukarelawan.

Ketua Jabatan Seni Reka Fesyen PERDA-TECH, Nasrullah Mohd Redzuan diberi tanggungjawab mengetuai projek ini sambil dibantu oleh 10 orang petugas sukarelawan.

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang telah siap dihasilkan.

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang telah siap dihasilkan.

“Inisiatif ini telah bermula pada 10 April yang lalu dengan pihak Hospital Sungai Bakap telah menyediakan 500 meter kain fabrik bagi merealisasikan projek ini.

Penyerahan kepada Petugas Hospital Sungai Bakap.

Penyerahan kepada Petugas Hospital Sungai Bakap.

“Proses menghasilkan projek ini berjalan lancar dengan setiap petugas diingatkan untuk sentiasa mementingkan kebersihan dan keselamatan diri dengan mengikuti etika dan peraturan seperti menggunakan penutup muka serta penjarakan sosial satu meter,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda