Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sukarelawan KEMAS Hasilkan Set Kelengkapan Perlindungan Diri

By 15 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

PINANG TUNGGAL, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kepala Batas bertungkus lumus membantu menyiapkan set kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk hospital kerajaan yang akan digunakan oleh anggota  kesihatan untuk menjalankan tugas.

Pengurus KEMAS Kepala Batas, Mohamad Roslan Shuib berkata projek ini bertujuan membantu menampung jumlah sedia ada yang tidak mencukupi.

Pengurus KEMAS Kepala Batas, Mohamad Roslan turut membantu.

Pengurus KEMAS Kepala Batas, Mohamad Roslan turut membantu.

“Peringkat awal ianya hanya membabitkan penyertaan sukarelawan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

“Sukarelawan yang terlibat adalah merupakan tenaga pengajar KEMAS dari kelas jahitan serta pelatih kelas jahitan yang mahir dan mempunyai kelayakkan yang diiktiraf,” katanya.

Proses menyiapkan PPE oleh sukarelawan KEMAS.

Proses menyiapkan PPE oleh sukarelawan KEMAS.

Menurutnya lagi inisiatif ini diharapkan dapat membantu untuk menjimatkan kos dengan bahan-bahan utama seperti kain dibekalkan oleh pihak hospital.

Penyerahan PPE kepada Klinik Kesihatan Kepala Batas.

Penyerahan PPE kepada Klinik Kesihatan Kepala Batas.

“Sebanyak 64 kelengkapan perlindungan diri telah berjaya dihasilkan dan diserahkan kepada Klinik Kesihatan Kepala Batas,” katanya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda