Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Datuk Mustafha Dilantik Pengerusi Baharu QSR Brands

By 1 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 1 Apr (Malaysiaaktif) – Syarikat rangkaian makanan ternama QSR Brands hari ini melantik Datuk Mustafha Abd Razak sebagai Pengerusi baharu dan Nehchal Khanna sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan syarikat tersebut, Mustafha dipilih berdasarkan pengalaman luasnya selama 24 tahun menerajui industri korporat dan perbankan negara.

Dalam pada itu, Nehchal Khanna yang dilantik sebagai Pengarah Urusan baharu memaklumkan perlantikan ini sebagai penghormatan kepada dirinya untuk bersama-sama menerajui dan memacu syarikat ke arah pencapaian yang lebih baik.

“Saya teruja untuk bersama-sama rakan niaga dan keseluruhan warga syarikat untuk memiliki kepercayaan masyarakat sebagai jenama rangkaian makanan unggul di negara ini,” katanya.

Nechal dilantik Pengarah Urusan bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil yang bersara pada 31 Mac lalu.

Tinggalkan komen anda