Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

2,163 Penduduk di PKPD Pasar Jalan Othman Disaring

By 16 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim (Petaling)/IPD Petaling Jaya

SHAH ALAM, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 2,163 orang telah disaring di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata seramai 1,562 orang warganegara telah menjalani saringan tersebut, manakala 601 orang melibatkan bukan warganegara.

“Keseluruhan mereka yang disaring melibatkan kawasan Zon A, B dan C telah selesai sepenuhnya dan keputusan keseluruhan saringan dijangka akan diketahui esok” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ezanee, sehingga 16 Mei sebanyak 1,500 keputusan saringan sampel Covid-19 telah diperolehi dan setakat ini masih kekal seorang sahaja yang positif melibatkan pesakit penduduk tempatan semalam.

Ujian saringan Covid-19 yang dilakukan keatas penduduk disekitar kawasan Pasar Jalan Othman

Ujian saringan Covid-19 yang dilakukan keatas penduduk disekitar kawasan Pasar Jalan Othman

“Pihak Polis menasihatkan penduduk yang terlibat dengan PKPD agar memberi kerjasama yang baik kepada petugas daripada pelbagai agensi, sementara mereka yang tidak terlibat PKPD hendaklah terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi bilik gerakan PKPD Pasar Jalan Othman (PJO) ditalian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD kelapan di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman berkuatkuasa 10 Mei hingga 23 Mei melibatkan kediaman dan premis perniagaan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda