Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

22 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Angka Ketiga Terendah Sejak PKP

By 17 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 17 Mei (Malaysiaaktif) РSebanyak 22 kes positif COVID-19 dicatat hari ini, angka ketiga terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac.

Sebelum ini direkodkan angka kes positif COVID-19 kedua terendah iaitu sebanyak 17 kes pada semalam dan kes pertama terendah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 22 kes baharu hari ini, lima adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 17 merupakan penularan tempatan yang melibatkan sembilan warga asing.

‚ÄúOleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,894¬†dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,210¬†kes,‚ÄĚ katanya¬†pada¬†sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini¬†hari ini.

Beliau berkata sebanyak 59 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan keluar wad ialah 5,571 orang.

Dr Noor Hisham berkata tiada pertambahan kes kematian COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 113 kes.

Sehingga kini beliau berkata, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kes-kes positif COVID-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri amat membimbangkan terutama sekiranya ia berterusan berlaku walaupun selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sehingga hari ini, sebanyak 971 kes positif COVID-19 (14.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 (6,894 kes) telah mempunyai sejarah merentas negeri.

“Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Sepuluh (10) daripada kluster-kluster tersebut¬† masih aktif,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menasihatkan masyarakat agar berwaspada semasa tempoh perayaan yang bakal tiba kerana ini mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status hijau.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda