Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Polis Tubuh 142 Pasukan Pematuhan di KL, Putrajaya

By 9 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 142 pasukan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)Ā terdiri daripada 926 pegawai danĀ anggotaĀ ditugaskan membuat pemantauanĀ di seluruh kontinjenĀ Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ketua Polis Kuala LumpurĀ Datuk Seri Mazlan Lazim berkataĀ pasukan itu bagiĀ membantu Kementerian Kesihatan Malaysia membendung penularan COVID-19.

Beliau berkata sepanjang tempoh PKPB, terdapat 13Ā aktiviti yang dilarang seperti yang termaktubĀ dalam Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 5) 2020.

ā€œAntara aktiviti berkenaan adalah hiburan, riadah, rekreasi, keagamaan, kebudayaan, kesenian dan perniagaan yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun, berlaku sentuhan badan dan sukarĀ mengawal penjarakan sosial,ā€Ā  katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata dalam tempoh PKPBĀ ini, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

ā€œSOP ini termasuklah penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai penutup hidung dan mulut, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan Orang Kurang Upaya.

ā€œSelain itu, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara dalam talian,ā€ katanya.

Mazlan berkata pihaknyaĀ menasihatiĀ orang ramai supaya mematuhi larangan dan SOP PKPB ini demi keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta keluarga.

ā€œOrang ramai diminta untuk memberikan kerjasama kepada pihak polisĀ sepanjang PKPB ini bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini berjaya kita putuskan bersama.

ā€œJika orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,ā€ katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda