
PUTRAJAYA, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Tiada kematian direkodkan akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kekal 108Ā kes atauĀ 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kes baharu pula menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalamĀ apabila mencatat 67 kes dengan 49 kes adalah dalamĀ kalangan bukan warganegara Malaysia.
“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 6,656 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,523 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya padaĀ sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah kes pulih danĀ dibenarkan discaj pula terus mengatasi kes baharu iaitu sebanyak 96 kesĀ sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan adalah sebanyak 5,025 kes.
Dr Noor Hisham berkataĀ sehingga kini, 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, enamĀ kes memerlukan bantuan pernafasan.
Mengulas mengenaiĀ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disambung sehingga 9 Jun ini iaitu selama empat minggu lagi, Dr Noor Hisham berkataĀ KKM menyambut baik pengumuman pelanjutan arahan tersebut.
āIni akan terus memberi ruang kepada kerajaan dalam memerangi penularan COVID-19 ini sehingga ke tahap yang lebih terkawal, sambil mengimbangi pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati.
āTahap keberkesanan tindakan ini akan dinilai dari semasa ke semasa. Pihak KKM akan menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif COVID-19 di Malaysia melalui pengesanan kes aktif dan pendekatan tertumpuĀ iaitu pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi,ā katanya.
Beliau berkata tindakan ituĀ dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui pelaksanaan PKPB dan PKPD.
Berhubung pelaksanaanĀ aktiviti pendekatan tertumpu, Dr Noor Hisham berkata ia menunjukkan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes COVID-19Ā danĀ sehingga hari ini, KKM sudah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar.
Beliau berkata antaranya seperti peserta perhimpunan di Sri Petaling dan kontak rapat mereka, Pasar Borong Kuala Lumpur, rumah jagaan warga emas sertaĀ rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin.
“Masyarakat tidak perlu khuatir dengan peningkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh kerajaan kerana ini menunjukkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan ini.
“Kes-kes yang dikesan ini sememangnya diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus menular dalamĀ kalangan masyarakat,” katanya.
— BERNAMA