Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Gelombang Baharu akan Muncul Jika Masyarakat Tidak Patuh SOP

By 28 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan rasa bimbang akan berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19, sekali gus mengakibatkan gelombang baharu dalam negara sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata masyarakat harus berwaspada dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes yang berlaku hari ini dengan angka paling rendah 15 kes sejakĀ  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lepas, kerana peperangan menghadapi virus COVID-19 masih belum tamat.

ā€œKKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan dalamĀ kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,ā€ katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan COVID-19Ā di sini,Ā semalam.

Dr Noor Hisham berkata sekiranya orang ramai kekal patuh pada SOP yang ditetapkan, jumlah kes positif dapat terus diturunkan.

“Jika kita mematuhi SOP kita akan dapat mengurangkan lagiĀ jumlah kes, hari ini kita ada 15 kes, enam kes adalah kes import yang bermakna hari ini buat julung kalinya kita mencatatkan satu angka (kes), sembilan kes jangkitan tempatan. KKM berjaya menurunkannya bukan hanya kepada dua angka tetapi kepada satu angka,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan SeduniaĀ (WHO), sebanyak 5,559,130 kes COVID-19 telah dicatatkan diĀ seluruh dunia sehingga semalam (26 Mei).

ā€œDaripada jumlah iniĀ sebanyak 348,610 kes kematian telah dilaporkan setakat ini. Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh daripada berakhir. Setakat ini, negara Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positifĀ COVID-19 dari seluruh dunia,ā€ katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atasĀ usaha menyekat kenderaan merentas negeri ketika ini.

BerdasarkanĀ maklumat daripada sidang akhbar Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)Ā Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak 2,449,556 kenderaan telah diperiksa oleh PDRM dari 16 MeiĀ sehingga kini.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 18,303 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda