Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95 dan RON97 Naik 7 Sen, Diesel Naik 6 Sen

By 23 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KPDNHEP

PUTRAJAYA, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tujuhĀ sen daripadaĀ RM1.31Ā kepada RM1.38Ā seliterĀ danĀ RM1.61Ā kepada RM1.68Ā seliter bagi tempoh 23Ā hingga 29Ā Mei ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari iniĀ memaklumkan,Ā harga runcit diesel juga naik enam sen seliter,Ā daripada RM1.45Ā kepada RM1.51Ā seliter.

Ia adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenaikan itu disebabkanĀ peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia, menurut kenyataan itu.

ā€œBagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian, bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,ā€ menurutĀ kenyataan itu.

— BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda