Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON97 dan RON95 Naik 5 Sen, Diesel Naik 10 Sen Seliter

By 30 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 30 Mei (Malaysiaaktif) –┬á┬áHarga runcit petrol RON97┬ádan RON95┬ámasing-masing naik lima┬ásen seliter manakala diesel naik 10 sen seliter bagi tempoh 30 Mei hingga┬á5 Jun┬á2020.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan, menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu RON97 pada RM1.73 seliter; RON95 RM1.43 seliter dan diesel RM1.61 seliter.

Kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak yang diproses, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda