Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kebenaran Solat Jumaat di Melaka Mulai 29 Mei 2020

By 19 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah) /FB Jabatan Mufti Negeri Melaka 

MELAKA, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Semua masjid di negeri Melaka dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat berjemaah mulai 29 Mei 2020 bersamaan 6 Syawal 1441 Hijrah mengikut garis panduan yang di tetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Abdul Halim Tawil memaklumkan keputusan ini dibuat melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil 1/2020 yang bersidang pada 13 Mei 2020.

“Jumlah jemaah yang dibenarkan hadir adalah seramai 40 orang sahaja tertakluk kepada perkembangan semasa dan pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pihak pengurusan masjid hendaklah mengambil langkah kawalan yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah,” katanya dalam satu kenyataan bertulis yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Menurutnya lagi tiada Solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan di masjid pada 1 Syawal 1441H sama ada pada 23 atau 24 Mei 2020 tertakluk kepada pengisytiharaan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malah solat Aidilfitri hendaklah dilaksanakan bersama keluarga di rumah masing-masing.IMG-20200519-WA0008

-KN

Tinggalkan komen anda