Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan Negara Menyambut Aidilfitri

By 19 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

MELAKA, 19 Mei ( Malaysiaaktif) – Setiap tahun sambutan Aidilfitri seringkali dinantikan oleh semua umat Islam dinegara ini namun selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, suasana perayaan ini diraikan dalam normal baharu.

Perkara ini juga turut dirasai oleh Pasukan Badan Beruniform negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sentiasa berkhidmat dan berbakti kepada negara dalam menjalankan tugas mereka bagi mencegah wabak COVID-19.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Kamarulizzam Abdullah.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Kamarulizzam Abdullah.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, Kamarulizzam Abdullah, berkata badan beruniform seperti bomba ini juga boleh dikategorikan dalam barisan hadapan negara seperti badan beruniform lain yang mempunyai misi utama iaitu menjaga keselamatan negara.

“Tiada istilah berhari raya dalam kamus kehidupan bagi petugs badan beruniform seperti kami kerana semua anggota harus sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang tempoh PKPB ini berlangsung bagi mencegah wabak ini dari terus berleluasa.

“Semua anggota ditugaskan dan dibahagikan dengan 3 waktu kerja yang berlainan selama 12 jam dan diberikan cuti selama 24 jam dalam situasi yang berlainan,” katanya.

-KN

Tinggalkan komen anda