Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MPS Serbu Lokasi Warga Asing Berniaga

By 19 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak) /MPS

SELAYANG, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerbu lokasi yang didakwa menjadi tempat warga asing berniaga di Komplek Selayang berhampiran kawasan industri Taman Selayang Baru, di sini semalam.

Pegawai Perhubungan Awam MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata mereka bertindak atas maklumat tersebut dan pihaknya menjalankan satu operasi penjaja warga asing yang dilaksanakan pagi semalam di kawasan berkenaan.

“MPS berjaya menyita barangan milik penjaja mengikut Seksyen 3 Undang-undang Kecil Penjaja termasuk 11 tong ikan pelbagai saiz, 63 kotak sayur penimbang serta troli.

“Operasi dijalankan sekitar jam 9 pagi dan ketika serbuan dilakukan pihak kami mendapati tidak ramai peniaga berniaga di kawasan itu seperti didakwa,” jelasnya.

Namun, Ahmad Fauzi berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan di kawasan terbabit untuk memastikan tiada aktiviti perniagaan tanpa kebenaran dijalankan di situ.

Sebelum ini, tular di media sosial didakwa warga asing dari Pasar Borong Kuala Lumpur sedang bebas berniaga secara haram di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Video yang berdurasi empat minit 16 saat itu dikongsi Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Minoriti (MBC), Mohd Zulkifli Abdul Fattah setelah mendapat maklumat itu hasil aduan ahlinya, Jumaat lalu.

Beliau dikatakan turun ke lokasi berkenaan sehari kemudian untuk meninjau dan mendapatkan kepastian aktiviti warga asing berkenaan menjalankan urus niaga di kawasan tersebut.

-NAZ

Tinggalkan komen anda