
PUTRAJAYA, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) cawangan Shah Alam akan ditutup pada pukul 4 petang, esok bagi kerja-kerja sanitasi.
LHDNM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara); HASiL Live Chat; atau melalui https://www.facebook.com/LHDNM dan https://twitter.com/LHDNMofficial.
Pelanggan juga boleh mendapatkan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM iaitu di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, menurut kenyataan itu.
— BERNAMA