Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ops Benteng Kolaborasi Jitu Agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan Negara

By 26 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/ATM

PUTRAJAYA, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Ops Benteng yang dijalankan dengan memperketatkan kawalan sempadan daratan dan perairan negara mampu meyakinkan pihak berkuasa kesihatan bahawa tiada orang yang akan menyeludup masuk ke Malaysia membawa COVID-19 dan memulakan kluster baharu.

Menurut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Affendi Buang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), operasi ini dilaksanakan untuk mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan pandemik tersebut.

“Tumpuan utama dalam operasi bersepadu ni adalah untuk mengesan dan menahan tekong laut dan darat yang memainkan peranan dalam mengaturkan perjalanan keluar dan masuk PATI ke negara ini.

“Dengan penglibatan dan kerjasama padu anggota dan aset-aset daripada semua agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasa undang-undang, Ops Benteng ini diaktifkan di bawah National Task Force (NTF) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi mandat untuk menyeralas operasi kawalan persempadanan negara bersama-sama agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya ketika meninjau atur gerak dan rutin rondaan yang dilaksanakan oleh warga Kapal Diraja (KD) JEBAT di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sekitar Selat Melaka, hari ini.

Dalam pada itu, Affendi turut memuji kecekalan setiap anggota dalam melaksanakan amanah yang digalas sebagai petugas barisan hadapan demi memastikan keselamatan rakyat terjamin.

“ATM khususnya melalui TLDM tetap komited menggalas tanggungjawab yang diamanahkan biarpun terpaksa bertugas di bawah cuaca panas terik, berhujan malahan dilambung badai ombak dalam menjaga perairan Malaysia yang meliputi keluasan 614, 000 kilometer persegi, demi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat,” katanya.

Tinggalkan komen anda