Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

PKPB: Normal Baharu Rakyat Malaysia

By 4 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan hari iniĀ dengan beberapa sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi semula secara terkawal.

Menurut Ketua PolisĀ Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan masih tidak dibenarkan.

“Orang ramai dinasihatkanĀ untuk membiasakan diri dalam normal baru kehidupan harian dengan sentiasa memakai penutup muka setiap kali keluar rumah, mengamalkan jarak sosial satu meter ketika berada di luar rumah ataupun di tempat kerja dan kerap mencuci tangan,” katanya ketika ditemui bersama media kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad ketika ditemui bersama media kelmarin.

ShafeeĀ (tengah) ketika ditemui bersama media kelmarin.

Menurutnya sekatan Jalan Raya (SJR) juga akan dikurangkan mulai hari ini dengan tumpuan akan lebih diberikan kepada kawasan yang lebih strategik dan akan diperketatkan agar tiada individu yang mengambil kesempatan untuk keluar tanpa tujuan.

Sekatan jalan raya diperketatkan dengan kerjasama ATM.

Sekatan jalan raya diperketatkan dengan kerjasama ATM.

“Masyarakat perlu tenang serta kekal duduk dirumah dan keluar apabila perlu sahaja disamping mematuhi peraturan PKP sedia ada,” ujarnya.

-ii-

Tinggalkan komen anda