Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Kelab Malaysiaku Main Peranan Cegah Berita Palsu

By 2 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Ahmad Fitri Jasni (Kuala Pilah) 

KUALA PILAH, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Pelbagai berita palsu terutamanya berkenaan hal ehwal persekolahan telah ditularkan oleh warga maya yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk meraih perhatian atau kongsian yang tinggi di laman sesawang ataupun media sosial.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senaling, Nor Azhana Ramli, penularan berita berkenaan mengakibatkan tercetusnya gelombang panik dalam kalangan ibu bapa yang belum bersedia untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ketika pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

“Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, malahan Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga sudah memaklumkan bahawa sekiranya sekolah akan dibuka, pemakluman akan dibuat seawal dua minggu sebelum ianya dilaksanakan dan akan dilakukan melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan,” ujar beliau ketika ditemuramah secara dalam talian.

Screen Shot 2020-06-02 at 11.01.07 PM

Antara contoh berita palsu yang dinafikan oleh laman sebenarnya.my

Beliau turut merujuk kepada salah satu berita palsu tular yang mengelirukan bertajuk ‘Sekolah bakal dibuka secara berperingkat menurut kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah’ yang telah ditepis oleh portal ‘sebenar.my’.

“Semua pihak perlu menunggu dan menerima maklumat yang sahih daripada pihak bertanggungjawab sebelum menyebarkannya, akibatnya boleh menyusahkan orang ramai, jika tidak pasti jangan kongsi,” tambahnya lagi.

Beliau melalui Kelab Malaysiaku menggunakan pendekatan penyebaran maklumat melalui aplikasi ‘Whatsapp’ serta media sosial Kelab Malaysiaku kepada pelajar dan ibu bapa bagi memastikan maklumat dan berita yang sahih dapat disalurkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

-AK

Tinggalkan komen anda