Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Masjid, Surau di Wilayah Persekutuan Dibuka untuk Solat Jemaah

By 16 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kecuali di kawasan Zon Merah, dibuka bagi membolehkan orang ramai menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata keputusan itu susulan perkembangan situasi semasa serta pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Kebenaran itu tertakluk kepada jumlah satu pertiga had kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau terlibat serta jemaah dalam kalangan warga tempatan sahaja.

“JAWI ingin mengingatkan agar segala garis panduan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan terus dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut berharap umat Islam dapat memanfaatkan peluang itu dengan meningkatkan amalan ibadah serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 dalam negara segera berakhir.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda