Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

MPAG Pantau Pematuhan SOP COVID-19

By 1 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Salina Hasan @ Abd Rashid (Alor Gajah)

MELAKA, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melalui Jabatan Perundangan dan Penguatkuasaan melaksanakan pemantauan berkala di sekitar Daerah Alor Gajah.

Operasi yang dikendalikan oleh Penguatkuasa MPAG dijalankan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar segar, pasar raya dan restoran bagi memastikan setiap premis dan individu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Menurut Pegawai Penguatkuasa MPAG, Siti Fatimah Khamis, selain lokasi-lokasi tersebut, pemantauan turut diadakan di premis-premis kerajaan agar Ketua Jabatan peka dan memastikan pelanggan mengikut SOP.

“Arahan pematuhan SOP terpakai kepada semua pejabat kerajaan dalam menangani wabak COVID-19 dari terus menular,” ujarnya.

Pemantauan ini telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 hingga 4 yang bermula 18 Mac hingga 12 Mei 2020) dan diteruskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 13 Mei hingga 9 Jun 2020.

-KN

Tinggalkan komen anda