Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pengasuh Didakwa Cuai Menyebabkan Bayi Patah Kaki

By 2 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Badan Kehakiman Malaysia

PUTRAJAYA, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan seorang bayi perempuan berusia lima bulanĀ patah kaki kiri, tiga tahun lepas.

Kamsiah Abdul Karim,Ā 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah diĀ Pantai Dalam di sini pada Ā 5 petang, 8 Jun 2017Ā mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporĀ diri di balai polis berhampiran setiap satu haribulan dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 30 Jun untuk sebutan semulaĀ kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd JafriĀ manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda