Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKPB: Boleh Rentas Negeri untuk Bernikah

By 2 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Berita baik buat pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan kerana kerajaan telah membenarkan rentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun majlis tersebut perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ramai yang memohon kebenaran rentas negeri antaranya untuk bernikah dengan pasangan di negeri yang lain.

“Jadi mesyuarat hari ini membuat keputusan untuk membenarkan mereka rentas negeri untuk akad nikah, namun perlu mengikut SOP jarakan sosial dan tidak ada perhimpunan ramai,” katanya pada sidang media harian perkembangan PKPB di sini, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat juga memutuskan untuk membenarkan jurufoto perkahwinan melakukan penggambaran praperkahwinan di tempat terbuka mengikut SOP ditetapkan.

Turut dibenarkan adalah aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda