Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Cari Saksi Perbicaraan Kes Culik

By 22 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Polis mencari seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan perbicaraan kes culik pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi 1 Pulau Pinang.

Jurucakap polis berkata lelaki itu dikenali sebagai Peter Won @ Wong Thein Teck, 48, dengan alamat terakhir di No 7-12-9 Tingkat Paya Terubong 2, Paya Terubong, Air Itam di Pulau Pinang.

“Polis sedang mengesan lelaki itu kerana dia perlu hadir perbicaraan kes menurut Seksyen 3 Akta Culik 1961 di Mahkamah Tinggi 1 Pulau Pinang pada 9 pagi hari Rabu ini,” katanya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali lelaki itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 013-4263999 atau balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda