PUTRAJAYA, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Polis meminta orang ramai membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya ada premis termasuk zoo yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)Ā bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata ini kerana pihak berkuasa tidak mampu untuk memantau kesemua premis yang beroperasi di seluruh negara semasa fasa PKPP.
āUntuk menjaga setiap premis adalah tidak munasabah, maka jika ada laporan mengenai perkara sedemikian oleh mana-mana pihak,Ā polis akan mengambil tindakan termasuk mengenakan kompaun,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di siniĀ hari ini.
Katanya polis akan melakukan pemantauan sekiranya melihat orang ramai berkumpul di satu-satu kawasan.
Sebelum iniĀ media melaporkan berlaku pelanggaran SOP jarakan sosial di sebuah zoo di negara ini.
Pada 14 Jun lepas, Bernama melaporkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai berkata kebebasan orang ramai di kawasan tumpuan awam seperti Zoo Negara boleh ditarik balik sekiranya dikesan gagal mematuhi SOP yangĀ ditetapkan.
— BERNAMA