Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sektor Pelancongan Melaka Kembali Bernafas

By 24 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)/FB Melaka Tourism

MELAKA, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Kawasan pelancongan di sekitar Banda Hilir di sini kembali menjadi tumpuan para pelancong selepas Kerajaan Pusat mengumumkan kebenaran merentas negeri bermula 10 Jun yang lalu.

Peniaga kraftangan Hazila Ahmad, 37, berkata peniaga di sekitar tempat-tempat tumpuan pelancong seperti di Kompleks Kraftangan, Menara Taming Sari dan Jonker Walk kini boleh menarik nafas lega kerana mereka telah diberi kebenaran untuk beroperasi semula.

Laman Belia Sungai Rambai kini menjadi terikan pelancong kerana air sungainya yang kebiruan dan wujudnya habitat buaya.

Laman Belia Sungai Rambai kini menjadi terikan pelancong kerana air sungainya yang kebiruan dan wujudnya habitat buaya.

“Saya amat bersyukur kerana dapat memulakan semula operasi perniagaan saya di sini dan teruja untuk rancakkan semula ekonomi negeri melaka yang telah sekian lama terhenti akibat COVID-19 ini.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, kawasan ini ibarat padang jarak padang terkukur, sunyi sepi. Semua aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan. Walau bagaimanapun, hari ini kawasan ini mula bernafas kembali dengan kehadiran ramai pelancong dari seluruh pelusuk tanah air,” ujarnya.

Dalam pada itu, dari tinjauan tempat-tempat menarik di sekitar Melaka kini telah kembali menjadi tumpuan ramai seperti Sungai Melaka, Laman Belia Sungai Rambai yang kini viral dengan Maldives of Melaka, Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka dan banyak lagi. Menurut laporan, hotel-hotel di Melaka juga telah mula beroperasi dan menerima lebih 400 tempahan dalam masa sebulan ini.

Kompleks Kraftangan Banda Hilir kini kembali beroperasi.

Kompleks Kraftangan Banda Hilir kini kembali beroperasi.

-KN

Tinggalkan komen anda