Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Luangkan 10 Minit Musnahkan Tempat Pembiakan Aedes

By 24 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mastika Hablum/Noraidah Mat Seh (Jasin)

MELAKA, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN yang bertemakan ‘10 minit Hapuskan Aedes’, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berusaha memberikan kesedaran kepada penduduk-penduduk bagi lokasi wabak ‘hotspot’ Demam Denggi di negeri ini.

Bagi Daerah Jasin, terdapat 59 kes demam denggi di Taman Maju Fasa 3 dan melibatkan satu kematian pada bulan ini. Berikutan dari lokaliti tersebut adalah merupakan wabak berulang pada setiap tahun dan penduduk kawasan ini sangat berisiko tinggi terhadap jangkitaan nyamuk aedes pada setiap masa.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Rahmat Mariman ketika lawatan ke Taman Maju Fasa 3 menyeru warga Taman Maju supaya tidak lalai dan leka serta prihatin kepada persekitaran tempat tinggal bagi memastikan kawasan didiami tidak membiak nyamuk aedes.

“Ketua komuniti dan penduduk taman perlu bekerjasama menjalankan pemeriksaan pembiakan nyamuk aedes di tempat  tinggal, cari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes nescaya denggi dapat dicegah,” ujarnya.

Dalam pada itu, agensi kerajaan seperti Pejabat Penerangan Daerah Jasin yang turut membantu memainkan peranan dengan menjalankan hebahan dengan kenderaan begerak dari masa ke masa untuk menyampaikan maklumat yang betul bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai penyakit demam denggi yang sangat kritikal ini.

Lawatan Exco ke lokasi di Taman Maju Fasa 3.

Lawatan Exco ke lokasi di Taman Maju Fasa 3.

-KN

Tinggalkan komen anda