Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Azhar Letak Jawatan Pengerusi SPR

By 9 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 9 Jul (Malaysiaaktif) –Ā Ā Datuk Azhar Azizan HarunĀ meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa pada 29 Jun lepas.

SPR dalam kenyataan hari ini berkata Timbalan Pengerusi SPR DrĀ Azmi Sharom akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi SPR sehingga pelantikan pengerusi baharu SPR, selaras dengan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan.

SPR berkata peletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dimaklumkan melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun 2020.

Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPRĀ pada 21 SeptĀ 2018 menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan.

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk AzharĀ Azizan HarunĀ atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai Pengerusi SPR,” kata suruhanjaya itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda