Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bawa Program Terus Kepada Masyarakat

By 22 Julai 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Shuhaimi Ahmad (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Usaha Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu membawa program terus kepada masyarakat perlu dicontohi oleh jabatan dan agensi kerajaan yang lain dalam menyalurkan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairudin Aman Razali, berkata dalam suasana sekarang, ramai yang sibuk dengan tugas dan kehidupan seharian serta kurang mempunyai masa untuk mencari dan mendengar maklumat yang tepat mengenai isu-isu semasa.

Gimik meletakkan Jalur Gemilang, simbolik kepada pelancaran Program Merdeka@Komuniti bagi peringkat Daerah Kuala Nerus.

Gimik meletakkan Jalur Gemilang, simbolik kepada pelancaran Program Merdeka@Komuniti bagi peringkat Daerah Kuala Nerus.

“Langkah yang dilakukan oleh JaPen Negeri Terengganu adalah medium terbaik untuk pemimpin bersama agensi dan jabatan kerajaan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

“Usaha sebegini membolehkan pemimpin dan agensi serta jabatan bersemuka dengan orang ramai dan kaedah ini masih relevan walaupun pada era ini masyarakat menggunakan gajet untuk mendapatkan maklumat,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti (Info on Wheels) Peringkat Daerah Kuala Nerus di Pasar Batu Enam, di sini baru-baru ini.

Ucapan perasmian oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika melancarkan Program Merdeka@Komuniti Daerah Kuala Nerus.

Ucapan perasmian oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika melancarkan Program Merdeka@Komuniti Daerah Kuala Nerus.

Menurut Khairuddin, penglibatan orang ramai, khususnya dalam kalangan masyarakat dan para peniaga dapat bersama-sama menghayati dan meningkatkan lagi nilai-nilai Rukun Negara dan semangat kemerdekaan di dalam diri masing-masing.

“Program Merdeka@Komuniti (Info on Wheels) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus juga berjaya memberikan kesedaran awal dalam kalangan masyarakat untuk memastikan semangat patriotisme dan cintakan negara khususnya di peringkat komuniti dapat dipertingkatkan, sejajar dengan matlamat Rukun Negara.

Mohd Khairuddin (tengah) Beramah mesra bersama para peniaga di Pasar Awam Batu Enam dan hadir bersama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail.

Mohd Khairuddin (tengah) Beramah mesra bersama para peniaga di Pasar Awam Batu Enam dan hadir bersama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail.

“Kempen Bulan Kebangsaan perlu diberi perhatian oleh orang ramai meskipun ketika ini rakyat sedang berdepan pandemik COVID-19 dan usaha ini perlu diteruskan supaya semangat patriotisme terus subur di dalam diri setiap individu seterusnya dapat memperkukuhkan keharmonian negara,” katanya.

Pada program itu, Khairudin turut menyertai acara Kayuhan Merdeka yang melibatkan 25 peserta dengan kayuhan sejauh dua kilometer bermula dari Dataran Tembesu hingga ke tapak perasmian.

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Adik Muhammad Amir Abdullah ketika Program Merdeka@Komuniti daerah Kuala Nerus.

Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Adik Muhammad Amir Abdullah ketika Program Merdeka@Komuniti daerah Kuala Nerus.

Selain itu, beliau juga turut melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan mengagihkan Jalur Gemilang kepada para peniaga di sekitar Pasar Batu Enam.

-ii-

Tinggalkan komen anda