Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

IOW Merdeka SPS Menggelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan

By 22 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Program Info on Wheels (IoW) Merdeka anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) adalah inisiatif bagi mengajak masyarakat di setiap komuniti untuk bersama-sama dalam menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dan mengukuhkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah SPS Farhani Ismail, program yang bermula pada 16 Julai hingga 16 Ogos 2020 ini akan menjelajah ke 20 lokasi terpilih bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan dan menyemai rasa cinta kepada negara.

Jelajah sambutan kemerdekaan di SK Sungai Bakau bersama guru besar, Suhaimi Hamid (berdiri kanan).

Jelajah sambutan kemerdekaan di SK Sungai Bakau bersama guru besar, Suhaimi Hamid (berdiri kanan).

“IoW Merdeka ini juga dapat memeriahkan suasana sambutan bulan Kemerdekaan dan mengajak masyarakat untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis, bangunan dan rumah.

Di antara pelajar dan guru yang terlibat untuk menjayakan program.

Di antara pelajar dan guru yang terlibat untuk menjayakan program.

“Dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, Jabatan Penerangan Malaysia masih tetap mengamalkan norma baharu di setiap aktiviti serta program yang dilaksanakan bersama orang ramai dan masyarakat. Ianya juga bersesuaian dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’ dalam membantu kerajaan dalam menangani wabak COVID-19,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda