Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

JaPen Tampin Edar Bendera Gelorakan Kempen Kibar Jalur Gemilang

By 22 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Bagi merealisasikan Kempen Kibar Jalur Gemilang tahun ini, Pejabat Penerangan Negeri Sembilan telah mengedarkan sebanyak 50 Jalur Gemilang kepada Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi-agensi kerajaan sekitar daerah Tampin bagi menggelorakan sambutan ini.

Inisiatif ini mendapat respond positif daripada Pegawai Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin yang turut berharap agar orang ramai dapat bersama-sama membantu menyemarakkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan kali ini.

“Tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Tampin atas penganjuran program ini dan diharapkan kempen ini dapat disambut serta dihayati oleh masyarakat dalam daerah ini khususnya dengan bersama-sama memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di kediaman, pejabat dan premis perniagaan masing-masing sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara kita Malaysia,” ujarnya yang ditemui sempena pelepasan Konvoi Info on Wheel (IoW) Merdeka Tampin, di sini semalam.

Dalam pada itu, sempena Sambutan Bulan Kebangsaan kali ini, Pejabat Penerangan Daerah Tampin bakal mengadakan 40 program IoW, di mana 20 program khusus untuk IoW Merdeka, tiga program IoW@Komuniti, 17 program IoW hebahan berkaitan isu-isu semasa dan edaran bahan penerbitan yang dicetak oleh Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda