Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Lima Kes Baharu, Empat Daripadanya Penularan Tempatan

By 16 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 16 Jul (Malaysiaaktif) РSebanyak lima kes COVID-19 baharu dilaporkan semalam dengan empat daripadanya membabitkan kes penularan tempatan manakala satu lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,734, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 86 kes.

Katanya, kes import tersebut melibatkan seorang warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

“Bagi kes penularan dalam negara, satu melibatkan bukan warganegara iaitu kes saringan bergejala di Kuching, Sarawak dan pesakit telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

‚ÄúTiga¬†lagi kes,¬†melibatkan warganegara iaitu satu kes saringan prapembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala¬†dua lagi masing-masing di Sarawak,¬†membabitkan¬†kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,732) dan satu kes saringan petugas kesihatan di sebuah pusat perubatan,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu kekal 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, dua kes pulih direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 8,526 kes atau 97.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, katanya terdapat lima kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda