Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

ADUN Slim Meninggal Dunia

By 16 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: TheStar

PUTRAJAYA, 16 Jul (Malaysiaaktif) РAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

‚ÄúJenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,‚ÄĚ katanya.

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Mohd Khusairi meninggal dunia akibat serangan jantung.

Katanya beliau bagi pihak seluruh rakyat dan anggota pentadbiran kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah Mohd Khusairi dan menyifatkan kehilangan ADUN Slim itu sebagai satu kehilangan besar kepada Perak dan rakyat di kawasan DUN Slim serta UMNO Tanjung Malim.

“Saya juga telah kehilangan seorang sahabat yang saya anggap sebagai saudara kandung sendiri.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dihimpunkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga. Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini,‚ÄĚ katanya dalam kenyataan di Ipoh.

Ucapan takziah turut dizahirkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan melalui hantaran menerusi laman Facebook serta Twitter masing-masing.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda