Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga Runcit RON95, RON97 dan Diesel Kekal

By 18 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik MoF

PUTRAJAYA, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.72 seliter dan RM2.02 seliter untuk tempoh seminggu bermula dari tengah malam tadi.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata harga runcit diesel juga kekal pada RM1.87 seliter.

Harga ditentukan berdasarkan  penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan  formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda