Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

LAKSANA Mohon Maaf atas Kesilapan Maklumat Inisiatif PRIHATIN dan PENJANA

By 22 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) mengambil tanggungjawab atas kesilapan maklumat mengenai inisiatif PRIHATIN dan PENJANA dalam perutusan khas  oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 20 Julai.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MoF) berkata maklumat tersebut disediakan oleh pihak LAKSANA di bawah kementerian itu.

“Dengan rendah diri pihak kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan,” kata MoF.

Pihaknya akan  memastikan segala maklumat yang dipanjangkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada masa depan akan disemak dengan teliti supaya tidak berlaku kesilapan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda