
Laporan/foto: Alizan Sulong/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 17 Julai (Malaysiaaktif) – Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mempercepatkan dunia bergerak ke arah Revolusi Industri Keempat (Revolusi 4.0).
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penggunaan “internet of thing” digunakan secara meluas saat negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kini.

Menteri Besar Terengganu berucap semasa pelancaran Terengganu Darul Iman News (TRDI) di Wisma Darul Iman.
“Masyarakat di seluruh dunia telah menjalankan urusan secara dalam talian, di mana kita juga bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang kini menjadikan platform internet sebagai rujukan utama mereka.
“Aplikasi TRDI merupakan ini merupakan medium terbaharu untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara terus di semua peringkat berkaitan kerajaan Negeri Terengganu,” katanya ketika berucap dalam Pelancaran Terengganu Darul Iman News (TRDI) di Wisma Darul Iman..
Objektif TRDI adalah mewujudkan aplikasi mobil untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan pengguna bagi mengakses kandungan laman web www.trdi.my yang akan memudahkan komunikasi dan dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan menggalakkan penghantaran maklumat secara elektronik.
“Aplikasi ini turut menyediakan arkib maklumat dalam bentuk arkib foto dan video yang boleh diakses di mana sahaja.
“Dengan adanya aplikasi ini pasti akan dapat membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat berkaitan maklumat di Negeri Terengganu dengan hanya satu paparan,” katanya.
-ii-