Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Medium Baharu Penyampaian Maklumat Terengganu

By 17 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Alizan Sulong/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 17 Julai (Malaysiaaktif) – Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mempercepatkan dunia bergerak ke arah Revolusi Industri Keempat (Revolusi 4.0).

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penggunaan “internet of thing” digunakan secara meluas saat negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kini.

Menteri Besar Terengganu berucap semasa pelancaran Terengganu Darul Iman News (TRDI) di Wisma Darul Iman.

Menteri Besar Terengganu berucap semasa pelancaran Terengganu Darul Iman News (TRDI) di Wisma Darul Iman.

“Masyarakat di seluruh dunia telah menjalankan urusan secara dalam talian, di mana kita juga bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang kini menjadikan platform internet sebagai rujukan utama mereka.

“Aplikasi TRDI merupakan ini merupakan medium terbaharu untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara terus di semua peringkat berkaitan kerajaan Negeri Terengganu,” katanya ketika berucap dalam Pelancaran Terengganu Darul Iman News (TRDI) di Wisma Darul Iman..

Gimik Pelancaran Aplikasi TRDI.

Gimik Pelancaran Aplikasi TRDI.

Objektif TRDI adalah mewujudkan aplikasi mobil untuk meningkatkan keselesaan dan kemudahan pengguna bagi mengakses kandungan laman web www.trdi.my yang akan memudahkan komunikasi dan dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan menggalakkan penghantaran maklumat secara elektronik.

“Aplikasi ini turut menyediakan arkib maklumat dalam bentuk arkib foto dan video yang boleh diakses di mana sahaja.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan Aplikasi TRDI yang telah di muat turun.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan Aplikasi TRDI yang telah di muat turun.

“Dengan adanya aplikasi ini pasti akan dapat membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat berkaitan maklumat di Negeri Terengganu dengan hanya satu paparan,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda