Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Norma Baharu dalam Industri Pelancongan

By 8 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

MELAKA, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Terdapat norma baharu yang harus dijalani oleh individu dan pelbagai sektor ekonomi bagi mematuhi  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwartakan oleh kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.WhatsApp Image 2020-07-08 at 09.55.58

Dalam tempoh ini, industri pelancongan memainkan peranan penting dalam memajukan semula sektor ekonomi negara apabila pihak kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk mengunjungi tempat-tempat pelancongan terutamanya di dalam negara ini akan tetapi diwajibkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Selaras dengan kelonggaran tersebut, Ketua Unit Zoologi Zoo Melaka, Azman Ghazali dalam kenyataannya berkata pihak pengurusan Zoo Melaka sentiasa memikirkan cara terbaik bagi orang ramai di luar sana untuk mengunjungi tempat pelancongan ini dan dalam masa yang sama mematuhi prosedur yang ditetapkan seperti penjarakan sosial, menggunakan pensanitasi tangan serta memakai pelitup muka.WhatsApp Image 2020-07-08 at 09.55.59

“Untuk makluman semua, kebanyakan industri pelancongan seperti Zoo Melaka yang mengamalkan konsep kekeluargaan masih lagi membenarkan warga emas dan kanak-kanak untuk mengunjungi tempat ini berbanding pusat membeli belah.

“Melihat kepada sambutan yang menggalakkan setiap hari dalam tempoh PKPP ini, pihak kami sentiasa bertanggungjawab dalam  memberikan peringatan kepada pengunjung dari semasa ke semasa untuk mematuhi SOP yang dibenarkan dan boleh dilihat serta diberikan pujian bahawa rakyat Malaysia kini telah mula faham akan norma baharu kehidupan,” ujarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda