Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Kembali Hijau (Green State)

By 8 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairunnisa Abd Rahman/FB Sulaiman Md Ali (Melaka Tengah)

MELAKA , 8 Jul (Malaysiaaktif) – Melaka diisytihar kembali menjadi negeri hijau ‘Green State‘ kelmarin setelah genap 14 hari tanpa kes Covid-19 terbaru dan mencatat sejarah baru buat Melaka.WhatsApp Image 2020-07-07 at 15.05.12

Kesemua kes aktif yang dirawat di Hospital Besar Melaka (HBM) telah sembuh dan tiada lagi pesakit yang dirawat di HBM ketika ini berikutan tiada pertambahan kes baru sejak 21 Jun 2020.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kejayaan ini dan berterima kasih kepada petugas-petugas barisan hadapan.

“Dari hati yang sangat mendalam, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas barisan hadapan iaitu petugas barisan hadapan, pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan dan seluruh rakyat Melaka yang sangat komited sepanjang berdepan pandemik COVID-19.”

“Bermula daripada Perintah kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), saya melihat anda semua telah bertugas siang dan malam, berkorban masa, jiwa dan raga, mengambil risiko sehingga nyawa menjadi taruhan, meninggalkan keluarga, anak dan isteri tercinta, demi memastikan kita semua selamat dan dijauhi daripada wabak berbahaya, COVID-19,” katanya.

-KN

Tinggalkan komen anda