Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

OP Benteng; 7 PATI Warga Indonesia Ditangkap

By 8 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/ATM

PUTRAJAYA, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai tujuh orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia berusia sekitar 20 hingga 40 tahun ditangkap dalam OP Benteng di Teluk Ramunia, Johor pagi tadi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) kesemua mereka ditahan ketika cuba untuk keluar dari negara ini.

“Hasil daripada maklumat yang diterima daripada penduduk setempat berkenaan kehadiran individu yang dicurigai, satu seksyen dari Rejimen Ke – 61 Artileri Diraja (61 RAD) telah digerakkan bagi melaksanakan rondaan keselamatan di sekitar Kampung Baharu, Teluk Ramunia dan telah berjaya menahan kesemua mereka serta turut merampas 11 buah telefon bimbit, empat utas jam tangan dan dua rantai perak beserta wang tunai berjumlah RM2,661.00 dan IR 11.935 juta (RM 3,530.00) menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM9,000.

“Kesemua PATI tersebut akan diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai bagi tindakan lanjut sebelum menjalani pemeriksaan COVID-19, dan pasukan akan meneruskan usaha membuat pencarian dan mengesan saki baki PATI di sekitar kawasan tersebut,” katanya.

Tinggalkan komen anda