Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Op Dadu Banteras Loteri Haram

By 6 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurazreen Abd Rahman/Salawaty Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

BUTTERWORTH, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Sembilan premis termasuk dua buah premis di Sungai Dua, dua lagi di Mak Mandin dan lima premis di Butterworth telah diserbu pihak polis kerana menjalankan kegiatan judi loteri secara haram dengan kegiatan tersebut dijalankan di sebalik premis perniagaan barangan runcit dan kedai menjual alat telekomunikasi.

Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan operasi bermula pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah SPU, Hj Noorzainy Hj Mohd Noor melihat operasi pemotongan bekalan elektrik oleh pihak TNB di premis yang menjalankan kegiatan judi loteri haram.

Ketua Polis Daerah SPU, Noorzainy Mohd Noor melihat operasi pemotongan bekalan elektrik oleh pihak TNB di premis yang menjalankan kegiatan judi loteri haram.

Turut bersama dalam operasi tersebut adalah ACP Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bersama pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah.

Noorzainy mengakui serbuan yang dilakukan telah mendapati kegiatan mesin judi dan aktiviti judi dalam talian ini datang dari premis yang pernah dikenakan tindakan sebelum ini, namun masih terus menjalankan kegiatan seperti biasa untuk mengaut keuntungan.

Sembilan premis telah dipotong bekalan eletrik kerana menjalankan kegiatan judi haram.

Sembilan premis telah dipotong bekalan eletrik kerana menjalankan kegiatan judi haram.

“Premis yang diserbu telah dipotong bekalan eletrik oleh pihak TNB dan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Menurut rekod sejak Januari hingga Jun, sebanyak 120 operasi membanteras judi loteri haram telah dilaksanakan dengan 33 individu termasuk empat wanita berusia antara 20-50 tahun ditahan.

Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPU dengan kerjasama TNB telah menjalankan operasi bermula jam 10 pagi.

Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah SPU dengan kerjasama TNB telah menjalankan operasi bermula jam 10 pagi.

“Operasi seperti ini akan diteruskan sebagai langkah untuk membanteras aktiviti perjudian haram daripada berleluasa,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda