Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pakar Patalogi dan 5 Lelaki Dihukum Mati kerana Membunuh Kevin Morais

By 10 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Kunaseegaran, 57; pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran, 49; serta empat penganggur R. Dinishwaran, 28; A.K. Thinesh Kumar, 27; M. Vishwanath, 30 dan S. Nimalan, 27.

Hakim Azman mendapati keenam-enam tertuduh mempunyai niat bersama untuk membunuh Morais.

Keenam-enam mereka dituduh membunuh Morais, 55, ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini, ke nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama  Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda