Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman/Fauziah Abdullah (Seremban)
SEREMBAN, 10 Jul (Malaysiaaktif) ā Kerajaan negeri dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah membangunkan sistem perkhidmatan atas talian yang dikenali sebagai ‘e-qurb@ns‘.
Perkhidmatan ini bertujuan untuk memusatkan data permohonan perlaksanaan ibadah korban di negeri ini serta memudahkan pemohon atau penganjur untuk memohon kelulusan lokasi korban bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) JPVNS dan Permit Sembelihan Luar (PSL).
Pengarah JHEAINS, Mohd Zaidi Ramli, berkata ibadah korban hanya boleh dilaksanakan di masjid, surau atau mana-mana tempat yang dibenarkan sahaja dengan syarat korban tidak melebihi 10 ekor binatang ternakan dalam sehari.
āHari yang ditentukan untuk melaksanakan ibadah korban ialah bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 31 Julai sehingga 3 Ogos nanti dan binatang ternakan yang dibenarkan untuk dikorbankan adalah lembu, kerbau, unta, kambing dan kibas.
“Sekiranya jumlah korban melebihi 10 ekor maka lebihannya hendaklah dibuat pada hari berikutnya kerana dalam satu hari hanya 10 ekor sahaja dibenarkan,” ujarnya.
Tambah Zaidi, petugas korban hendaklah ditentukan lebih awal dengan tidak melebihi 50 orang di setiap lokasi oleh pihak penganjur dan bagi peserta korban pula hanya dua orang sahaja dibenarkan hadir ke lokasi sebagai wakil bagi setiap bahagian korban.
“Penganjur hendaklah memastikan langkah keselamatan, pematuhan garis panduan serta penjagaan kendiri dalam kalangan petugas yang melaksanakan ibadah korban dipantau dengan baik.
āKod QRĀ juga perlu disediakan di lokasi korban bagiĀ memudahkan petugas dan peserta korban mendaftar masuk ke lokasi korban dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah adalah tidak dibenarkan hadir,ā katanya lagi.
Sistem ‘e-qurb@NS‘ boleh dilayari melalui pautan equrbans.jheains.my yang mula beroperasi 9 Julai hingga 24 Julai 2020.
-AK