Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pengangkutan Beca Dapat Sambutan Hangat daripada Pelancong

By 11 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Pengangkutan beca Melaka yang telah beroperasi semula sejak dua minggu lalu mendapat sambutan hangat daripada pelancong tempatan yang datang ke Melaka sekaligus membantu para penarik beca menjana semula pendapatan yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Menurut penarik beca, Mohd Kasim Abdullah, peningkatan jumlah kemasukan pelancong ke negeri Melaka ekoran kelonggaran yang di umumkan oleh pihak kerajaan dalam tempoh PKPP memberi kesan positif kepada industri beca Melaka.

“Alhamdulillah sambutan yang kita terima daripada pelancong tempatan sejak akhir-akhir ini sangat menggalakkan memandangkan orang ramai sudah mula yakin untuk melancong ke Melaka ekoran pengumuman negeri Melaka sebagai zon hijau.

“Semasa tempoh PKP, Persatuan Beca Melaka dan pelbagai persatuan bukan kerajaan (NGO) banyak menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan asasi kepada para penarik beca di samping bantuan yang di terima daripada kerajaan, saya bersyukur atas bantuan ini dan berharap semoga keadaan kembali normal supaya kami yang hanya bergantung kepada industri pelancongan dapat mencari rezeki,” ujarnya.

-KN

Tinggalkan komen anda