
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 20 Jul (Malaysiaakif) – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada jam 4 petang ini.
Perutusan khas perdana menteri itu akan bersiaran langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan PKPP bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos, yang menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibuka namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai perdana menteri akan menyampaikan perutusan yang sama pada jam 3 petang ini melalui TV3, NTV7, 8TV dan TV9.
— BERNAMA