Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sultan Johor Berkenan Berangkat Lawat JCorp

By 13 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/Johor Corporation

JOHOR BAHRU, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan bercemar duli berangkat melawat ke ibu pejabat Johor Corporation (JCorp) di Menara KOMTAR Johor Bahru City Centre di sini, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JCorp, keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad merangkap Pengerusi Johor Corporation, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim serta barisan Ahli-Ahli Johor Corporation dan pegawai kanan konglomerat negeri Johor.

“Sultan Ibrahim dipersembahkan taklimat korporat oleh Datuk Syed Mohamed mengenai pelan transformasi dan pelestarian bisnes melibatkan penstrukturan semula korporat dan kewangan serta hala tuju baharu seiring matlamat mencapai kecemerlangan organisasi ini lebih-lebih lagi dalam era yang penuh cabaran,” menurut kenyataan tersebut.

Sultan Johor juga telah memperkenankan reka bentuk logo baharu Johor Corporation yang dijangka dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

“Baginda turut dimaklumkan perkembangan bisnes teras melibatkan perladangan, kesihatan pakar, pembangunan hartanah serta makanan yang disertai syarikat kumpulan selain perancangan membawa produk tertentu memasuki pasaran serantau,” tambah kenyataan itu.

-NI-

Tinggalkan komen anda