Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Aktiviti Terjun Tapak Bakal Jadi Produk Pelancongan di Putrajaya

By 29 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Perbadanan Putrajaya

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Perbadanan Putrajaya (PPj) merancang menjadikan acara terjunan ekstrem, Putrajaya Base Jump (terjun tapak), sebagai antara produk pelancongan sukan di bandar ini.

Presidennya Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata ia selaras dengan hasrat PPj untuk mempromosikan wilayah ini sebagai bandar sukan dan seterusnya sebagai hab sukan ekstrem.

“Bangunan-bangunan di Putrajaya ini amat sesuai untuk kita menganjurkan dan melaksanakan aktiviti sukan lasak seperti ini.

“Pada masa hadapan, kita nak lebih banyak aktiviti sukan dianjurkan di sini, tambahan pula secara purata kira-kira 15,000 hingga 17,000 pelawat berkunjung ke Putrajaya untuk bersukan dan beriadah setiap hujung minggu,” katanya kepada media selepas menyaksikan acara terjun tapak di Putrajaya di sini, hari ini.

Seramai tujuh penerjun melakukan aksi terjunan di Jambatan Gantung Monorel di sini, bersempena ulang tahun ke-25 Putrajaya hari ini dan sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Sejurus melakukan aksi terjunan, para peserta menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera Jubli Perak Putrajaya kepada Aminuddin untuk dibawa semasa perarakan 88 kuda di sini, esok.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda