Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Golongan Muda Perlu Manfaatkan Pakej Latihan

By 29 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan memperuntukkan RM3.5 bilion melalui beberapa insentif bagi menangani masalahĀ pengangguran dan memastikan pengekalan pekerjaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Justeru, beliau mengajak golongan muda memanfaatkan sepenuhnya peruntukanĀ yang disediakan oleh kerajaan dengan menceburi pelbagai bidang bagi membantu memulihkan ekonomi negara susulan pandemik COVID-19.

Menurutnya, kerajaan banyak memberikan tumpuan kepada golongan mudaĀ dan graduan seperti menawarkanĀ pakej latihan bagi mempertingkatkan kemahiran serta kebolehpasaran anak muda mendapatkan pekerjaan.

ā€œMemandangkan bentuk pekerjaan masa depan memerlukan kemahiran baharu selaras dengan trend industri, maka anak muda perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran,ā€ katanya selepas merasmikanĀ Program Kembara dan Ziarah Merdeka Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK), di JeliĀ hari ini.

Sementara itu, presiden HIMSAK, Datuk Mohd Faizal Daud meminta golongan muda mengelak perbezaan fahaman politik dan memberi tumpuan kepada usaha memulihkan ekonomi negara.

Seramai 162 peserta menaiki 52 buah kereta mengambil bahagian pada Program Kembara dan Ziarah Merdeka ke perkampungan Orang Asli Sungai Rual JeliĀ bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda