Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Edaran Jalur Gemilang Semarakkan Semangat Patriotik Warga Langkawi

By 29 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi telah menganjurkan Program Agihan Jalur Gemilang Kenderaan di perkarangan Klinik Kesihatan Ayer Hangat.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ayer Hangat, Juhari Bulat yang ditemui selepas program berkata program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan bulan kebangsaan yang ke-63 pada tahun ini.

“Berharap lebih banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai peruntukan lebih dapat menganjurkan program seumpama ini sempena menyambut Bulan Kebangsaan yang ke-63,” ujarnya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Juhari sedang melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam, di sini.

Juhari sedang melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan awam, di sini.

Menurut Timbalan Ketua Srikandi BERSATU Daerah Langkawi Rohaiza Shariff, program ini bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan disebabkan arahan daripada kerajaan negeri yang tidak membenarkan sambutan dilakukan secara besar-besaran.

“Sempena program hari ini dapat menyemai semangat penduduk Kedah khususnya warga Langkawi dalam menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini,” ujarnya.

Sebanyak 250 unit Jalur Gemilang Kenderaan telah dipacakkan di kenderaan yang melalui jalan berhadapan klinik kesihatan Ayer Hangat.

Turut serta, Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi DSP Roszemi Mat Derus.

-SH

Tinggalkan komen anda