Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Asrama Perempuan MITS Kuala Langat Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa

By 4 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – SeramaiĀ 131 pelajar perempuan terselamatĀ dalamĀ kejadian kebakaranĀ di tingkatĀ tiga bangunan asramaĀ MahaadĀ IntegrasiĀ Tahfiz Selangor (MITS) Kuala Langat, Banting dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat SelangorĀ Hafisham Mohd Noor berkataĀ 27 anggota serta pegawai dariĀ Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting, Telok Panglima Garang, KLIA, Pelabuhan KlangĀ sertaĀ Seksyen 7 bergegas ke lokasi kejadianĀ selepasĀ pihaknya menerima panggilanĀ kira-kira pukul 5.49 pagi.

Beliau berkataĀ kebakaran ituĀ menyebabkan 40 peratusĀ atau kawasan seluas 30×100 kaki persegi asrama pelajar perempuan itu musnahĀ dalam kejadian berkenaan.

ā€œKebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 6.24 pagiĀ dan kerja-kerjaĀ ā€˜overhaulā€™Ā sedang dijalankan. KesemuaĀ 131 pelajar perempuan yang menghuni asrama tersebutĀ berjayaĀ dikumpukanĀ di lokasiĀ selamat,ā€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hafisham berkata punca kebakaranĀ dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Terdahulu, tularĀ di media sosial video berdurasi satu minit menunjukkan kejadian kebakaranĀ asrama pelajar perempuan berkenaan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda