
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – KesĀ positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan 11 kes baharuĀ dilaporkanĀ dengan lima daripadanya merupakanĀ kes import melibatkan warganegara Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkataĀ enamĀ lagi kes merupakan penularan dalam negara, melibatkan lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.
āBagi kes import,Ā tigaĀ kes adalah dariĀ Australia, satuĀ kes dari JepunĀ dan satu kes dari Singapura.
āManakalaĀ bagi penularan tempatan, satu kes dikesan di Johor, tiga kes di PerakĀ melibatkanĀ kluster Kurau,Ā satu kesĀ di Melaka dan satu kes melibatkan bukan warganegara di Selangor,ā katanyaĀ dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di siniĀ semalam.
Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata 19 kesĀ telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,803Ā kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Sehingga kini, beliau memaklumkan bahawaĀ terdapat satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiadaĀ pesakit COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada pertambahan kesĀ kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes, katanya.
— BERNAMA