Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 11 Kes Baharu Dilaporkan

By 11 Ogos 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes positif COVID-19 di Malaysia terus meningkat dengan 11 kes baharu dilaporkan dengan lima daripadanya merupakan kes import melibatkan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam lagi kes merupakan penularan dalam negara, melibatkan lima warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.

“Bagi kes import, tiga kes adalah dari Australia, satu kes dari Jepun dan satu kes dari Singapura.

“Manakala bagi penularan tempatan, satu kes dikesan di Johor, tiga kes di Perak melibatkan kluster Kurau, satu kes di Melaka dan satu kes melibatkan bukan warganegara di Selangor,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini semalam.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata 19 kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,803 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, beliau memaklumkan bahawa terdapat satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pesakit COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 125 kes, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda